Monday, December 15, 2014

Kem Cuti Sekolah 2014

Kem motivasi cuti sekolah anjuran D'impian

Alhamdulilah, pada cuti sekolah kali ini kami telah berjaya menganjurkan tiga sesi kem motivasi pelajar di D'impian Country Resort, MUAR. Peserta datang dari seluruh negara. Kem kali ini kami menitik beratkan tentang kemahiran kominikasi pelajar disamping kerohanian dan motivasi dalaman para peserta.

Sesi pertama ::23-25 November 2014
Sesi Kedua :: 3-5 December 2014
Sesi Ketiga :: 11-13 December 2014

Setiap kumpulan kami ambil hanya 40 orang sahaja satu kumpulan kerana mahu memastikan keberkesanan motivasi kepada setiap peserta.

Peserta didedahkan dengan konsep " problem based learning ". Mereka diminta melakukan banyak perkara yang sebelum ini mereka tidak lakukan. Kem kami adalah kem Agro. Mereka boleh menikmati hidup ala-ala kampung dengan kenal ayam kampung, angsa, arnab dan lain-lain.

kepada mereka yang ingin mendaftar kem motivasi kami untuk cuti sekolah yang akan datang anda boleh menghubungi kami di talian 0197778431.











Aktiviti kem cuti sekolah 2014




PROGRAM CUTI SEKOLAH 2014
===========================

Direka khas untuk kanak-kanak dan remaja berusia
8 tahun sehingga 17 tahun , lelaki dan perempuan

PERSOALAN UNTUK ANDA!

Anak anda gentar berbicara di hadapan khalayak ramai? Ingin mengubah kelemahan ini? Apa kata kita jadikan dia seorang yang yakin dan hebat berbicara serta mampu berpidato?

Anak anda lemah dalam akademik? Sukar memahami kenapa anak tidak mampu cemerlang di sekolah? Apa kata kita seimbangkan otak kanan dan kirinya serta jadikan dia seorang pelajar yang cemerlang?

Disamping motivasi kami juga akan pastikan anak anda diseimbangkan dengan pemantapan rohani dengan menjaga solat.

JIKA ANDA MEMPERCAYAI KAMI UNTUK MEMBIMBING ANAK ANDA, SERTAI PROGRAM CUTI SEKOLAH 2014 SEKARANG. Kami telah melatih lebih dari 10,000 pelajar sepajang pengalaman kami.

KEM EKPLORASI REMAJA CEMERLANG
=================================

Tarikh :: 11,12 dan 13 Dec 2014
Tempat :: D'impian Country Resort , Sungai Belukang, Semerah, MUAR.

Sebenarnya kami telah adakan kem ini sebanyak 3 kali sepanjang cuti sekolah ini. Alhamdulilah semuanya dapat sambutan. ianya adalah satu kem yang sangat bermanfaat kepada anak-anak kita dalam masa cuti sekolah. 







Motivasi Amanah Ikthar Malaysia di Dimpian Resort



Tiga Sesi Seni berniaga bersama AIM Muar, Batupahat dan Segamat telah berlangsung pada bulan November yang lepas. Seramai 120 usahawanita telah dilatih selama 2 hari 1 malam oleh coach bahar di D'impian Country Resort